Hai...Assalamualaikum semua.. Sihat ke? Kalau tak sihat..jgn lupa makan ubat yer... Kali ni ayuni nak kongsi petua-petua yang best2 la jugak untuk kawan2..hope ni berguna..Mungkin ada yang dah pernah dengar, mungkin tidak...Petua-petua ni ayuni mintak dengan kawan-kawan ayuni yang sudi berkongsi...Dan petua ini juga ayuni pernah di kongsi dari makcik2 ayuni & mama kesayangan ayuni...Dan petua-petua yang ayuni nak kongsi ini juga adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan..
Dalam masyarakat tradisi Melayu kita, memang terdapat banyak petua-petua khas untuk anak dara yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang cantik, menarik, menawan dan cepat dipinang orang.(hehehe) Dan juga boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Antaranya:
- Elakkan dari terlalu kerap mengambil sayur-sayuran yang bersifat sejuk seperti kangkung, timun, labu air atau kundur.
- Sebolehnya hadkan pengambilan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang atau betik. Amalkan minum jus lobak merah yang dicampurkan sedikit madu lebah.
- Jangan buang air kecil dan air besar serentak, sebaliknya cuba lakukan satu persatu.
- Jangan buang air ketika berada didalam air (kolam renang atau tab mandi). Ini dikatakan akan mampu melemahkan kemantapan vagina selain itu mempercepatkan menopus.
- Bersihkan alat kelamin setiap kali selesai hubungan intim, ia boleh melemahkan selain mengundang penyakit berjangkit
Petua Kecantikan Dalaman Wanita
Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
Untuk wanita lepas bersalin, pegambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim.
Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman
Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk utnuk mengekalkan kesihatan
Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit
Petua Mengempiskan Perut
Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.
- Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
- Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
- Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
- Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.
- Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.
SELAMAT MENCUBA..JANGAN LUPA FOLLOW AYUNI DAN SHARE SEMOGA BERMANFAAT!!
0 comments:
Post a Comment